Google Search Results

Monday, November 16, 2009

Mascherano Setuju Sertai Barcelona semasa Perpindahan Januari

Pemain tengah Liverpool dan ketua pasukan Argentina, Javier Mascherano telah di beritakan telah mengadakan perjanjian dengan juara Eropah dan La Liga, Barcelona untuk berpindah semasa Januari atau pada akhir musim.

Mascherano cuba bersungguh-sungguh untuk menjadikan perpindahan ini realiti yang akan membolehkannya mendapat 120 ribu Euro seminggu. Beliau juga menginginkan perpindahan ini setelah di ketahui bahawa isterinya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

Jurulatih kelab juara Eropah itu juga, Pep Guardiola juga mengatakan kehadiran ketua pasukan Argentina ini akan menjadikan skuad Barcelona lebih mantap dan versatil.

Jika perpindahan ini berjaya, Liverpool akan mendapat 32 juta Euro hasil dari perpindahan ini.

No comments: